KURSUS PENGURUSAN LEAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » KURSUS PENGURUSAN LEAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KURSUS PENGURUSAN LEAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pada 4 dan 5 Mac 2014, kursus Pengurusan Lean telah dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar bertempat  di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM Serdang dengan dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang terdiri daripada En. Rosmi Abdullah, Pn. Saliza Saari dan dibantu oleh Cik Norhasimah Ibrahim, En. Mohd Faizol serta Cik Wan Hidiatul.

Sebanyak empat proses utama telah dijadikan modul untuk bengkel Pengurusan Lean ini. Antara proses-proses tersebut adalah:

  1. Proses Kerja Peperiksaan, Bahagian Akademik;
  2. Proses Kerja Urusan Visa, Bahagian Antarabangsa;
  3. Proses Kerja Pengambilan Pelajar Baru Siswazah, Sekolah Pengajian Siswazah;
  4. Proses Pelantikan Pegawai Akademik Gred 51 – 53, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Di akhir program, peserta telah dapat memahami konsep Pengurusan Lean menggunakan kaedah Value Stream Mapping dan dapat mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan untuk menambahbaik proses kerja serta meningkatkan kecekapan. Diharapkan peserta kursus dapat meneruskan kesinambungan kursus ini dengan menjadikan Pengurusan Lean dan kaedah Value Stream Mapping sebagai salah satu budaya kerja yang sekaligus dapat meningkatkan produktiviti organisasi dan memaksimakan kepuasan pelanggan.


Peserta-peserta program yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan jawatan bersemangat menjalani Kursus Pengurusan Lean oleh Pihak MPC.


Perunding MPC, Pn. Saliza Saari sedang menerangkan kepentingan pelaksanaan Pengurusan Lean di organisasi yang memfokuskan kepada pengurangan pembaziran dan meningkatkan kepuasan pelanggan.


Para peserta sedang berbincang tentang pemetaan proses kerja yang telah dipilih semasa bengkel dijalankan.


Perbincangan secara berterusan antara peserta dan Perunding MPC bagi mendapatkan pemahaman yang maksima berkaitan dengan pelaksanaan Pengurusan Lean.


Puan Siti Rozana, Pejabat Pendaftar UPM membuat pembentangan terhadap Value Stream Mapping yang telah dibuat oleh kumpulan dan cadangan penambahbaikan proses yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kecekapan proses kerja keputusan peperiksaan pelajar UPM.


Hubungan baik antara MPC dan UPM akan diteruskan bagi memastikankesinambungan pelaksanaan Pengurusan Lean di UPM berjaya dilaksanakan seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi dan juga sektor pendidikan di Malaysia.


Tarikh Input: | Kemaskini: | azilawati_om

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEZEAl~