KUNJUNGAN HORMAT PENDAFTAR UPM KEPADA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » KUNJUNGAN HORMAT PENDAFTAR UPM KEPADA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

KUNJUNGAN HORMAT PENDAFTAR UPM KEPADA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

PUTRAJAYA, 1 Nov - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengemukakan satu cadangan untuk mewujudkan skim perkhidmatan yang dinamik di universiti dengan melibatkan penggabungan beberapa skim perkhidmatan yang sedia ada sebagai inisiatif menambahbaik laluan kerjaya pegawai-pegawai universiti.

Cadangan ini telah diusulkan oleh Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaftar UPM semasa mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Seri Borhan Dollah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia di Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

KPPA berkata, pihaknya menyambut baik cadangan tersebut dan meminta supaya perbincangan lanjut diadakan bagi memperhalusi cadangan yang telah dikemukakan. Turut di bincangkan adalah beberapa isu lain berkaitan perjawatan di UPM termasuk perancangan perjawatan di Hospital Pengajar UPM dan Kampus Bintulu.

Hadir sama ialah Encik Azman Mohd. Yusof, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Puan Erda Ruslan Khairi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA; Profesor Madya Dr. Muhammad Hj. Mohd. Isa, Pengarah Hospital Pengajar UPM; Puan Nor Adida Abd. Khalid, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UPM; Encik Muhazam Mansor, Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, UPM; Cik Nor Azizah Tamsi, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, UPM; Puan Jennifer Lendai Kundat, Ketua Seksyen Pengurusan Dasar dan Pentadbiran, UPM dan Cik Noremy Busu , Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi, UPM.

 

Oleh: JENNIFER LENDAI KUNDAT

Tarikh Input: 05/11/2018 | Kemaskini: 09/11/2018 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEXRAC~