Kecerdasan Emosi Tingkat Motivasi, Prestasi Organisasi | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Kecerdasan emosi tingkat motivasi, prestasi organisasi

Kecerdasan emosi tingkat motivasi, prestasi organisasi

Serdang, 12 April  – Dalam konteks kepemimpinan, kecerdasan emosi (emotional intelligence) ialah satu kemahiran yang perlu ada pada seseorang pegawai. 

Seseorang pegawai perlu berupaya mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain, berfikir secara rasional dan bertindak dengan cara yang profesional.

Memimpin sesebuah organisasi memerlukan seseorang pegawai bijak dalam mengurus emosi dengan baik, membina hubungan erat dengan staf bawahan dan mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan proaktif. 

Mengambil kira kepentingan seseorang pegawai mempunyai kecerdasan emosi, Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Emotional Intelligence for Leaders melalui platform Zoom. 

Kursus ini disertai oleh 74 pegawai UPM pelbagai jawatan daripada Kumpulan Bakat UPM (Gred 48 dan ke atas). 

Sesi perkongsian selama satu hari ini disampaikan oleh Dr. Ahmad Badruddin Abdullah, Pegawai Psikologi daripada Kampus Utama INTAN.

Dalam kursus ini, penceramah menerangkan kepentingan kemahiran dan kecerdasan pengurusan emosi dimiliki oleh pegawai dalam konteks staf bawahannya.

Menurut beliau lagi, pegawai harus mempunyai kebolehan untuk mendengar dan memahami corak pemikiran organisasi dalam konteks organisasi, berkumpulan dan individu.

Dengan itu, segala perancangan organisasi dapat dilaksanakan dengan teratur, efektif dan seterusnya merealisasikan kejayaan. 

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

Tarikh Input: 20/04/2022 | Kemaskini: 20/04/2022 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXETTAQ~