Kaedah Kreatif Dan Inovatif Tangani Cabaran Di Tempat Kerja | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Kaedah kreatif dan inovatif tangani cabaran di tempat kerja

Kaedah kreatif dan inovatif tangani cabaran di tempat kerja

SERDANG, 6 Julai – Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menganjurkan Kursus Kreativiti di Tempat Kerja secara dalam talian melalui aplikasi Zoom pada 5 hingga 6 Julai 2021. 

Kursus yang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini disertai oleh 72 staf UPM pelbagai jawatan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. 

Pengisian slot kursus telah disampaikan oleh empat penceramah yang berkelayakan dan profesional daripada INTAN, iaitu Tuan Syed Mohamad Al Adros Tuan Muning, Encik Mohd Apandi Aini, Dr. Norasyikin Shaikh Ibrahim dan Encik Abdul Halim Sunny.

Dalam kursus ini, peserta didedahkan kepada kaedah dan teknik menangani cabaran di tempat kerja melalui kaedah penyelesaian konvensional yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan organisasi memperbaiki sistem dan cara kerja agar dapat menghasilkan sistem penyampaian yang berkualiti kepada pelanggan.

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

Tarikh Input: 21/07/2021 | Kemaskini: 21/07/2021 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdCAx~