Jaga Tutur Kata, Elak Kecaman Melampau Dalam Berkomunikasi | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Jaga tutur kata, elak kecaman melampau dalam berkomunikasi

Jaga tutur kata, elak kecaman melampau dalam berkomunikasi

SERDANG, 31 Mac – Sejak kebelakangan ini pelbagai isu panas ditularkan di media sosial yang menarik perhatian masyarakat. Isu terbaharu ialah berkaitan penularan video seorang pensyarah yang dikatakan menghina pelajar tidak berkemampuan.

Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Puan Siti Fatimah Abdul Ghani mengupas isu tersebut melalui sesi temu bual dalam talian bersama Utusan Online menerusi program Apa-apa Hello!

Menurut beliau, etika komunikasi amat penting diberi penekanan dalam isu berkaitan sensitiviti, persekitaran sosial, hormat-menghormati dan sosial-budaya.

“Herdikan sosial dalam penyampaian mesej perlu dielakkan. Selagi kita mempunyai kesedaran tentang adab dan normal sosial, maka tutur kata perlu dijaga.

“Cakna diri, peduli emosi untuk kesejahteraan diri. Setiap kita memainkan peranan penting dalam komunikasi dan kemasyarakatan. Budi bahasa budaya kita. Maka sebagai individu sosial, kita perlu sentiasa peka dan sensitif dengan apa yang kita tuturkan atau perkatakan.

“Elakkan kecaman yang melampau terhadap sesiapa pun, sebaliknya ambil sebagai pengajaran. Usah menjadi hakim pada hal yang tanpa pengetahuan sebenar kita tentang apa yang berlaku,” katanya lagi.

Program Apa-apa Hello bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 9:00 pagi selama sejam di laman Facebook Kosmo! Online dan Utusan Online.

Program ini mengupas berita daripada akhbar Kosmo!, Utusan Malaysia serta akhbar The Malaysian reserve terbitan TMR Media Sdn. Bhd.

Disediakan oleh: Siti Fatimah Abdul Ghani



Tarikh Input: 04/04/2022 | Kemaskini: 04/04/2022 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEYAAp~