Cara Kreatif, Inovatif Tangani Masalah Dan Pembuatan Keputusan | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Cara kreatif, inovatif tangani masalah dan pembuatan keputusan

Cara kreatif, inovatif tangani masalah dan pembuatan keputusan

Serdang, 29 Oktober - Sebagai pemimpin atau pegawai di sesebuah organisasi, anda sering kali terlibat dalam proses pembuatan keputusan yang sukar dan memerlukan penelitian yang mendalam. Sebarang keputusan tidak boleh dibuat secara semberono kerana banyak faktor yang perlu diambil kira untuk mengelakkan hasil yang negatif.

Bagi membantu mereka yang kerap kali berdepan dengan dilema sebegini, Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Penyelesaian Masalah dan Pembuatan Keputusan di Tempat Kerja Siri 2 (Lanjutan) melalui platform Zoom pada 29 Oktober 2021. 

Seramai 30 peserta daripada pelbagai skim perkhidmatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah menyertai kursus selama satu hari ini. Kursus ini merupakan lanjutan daripada Kursus Penyelesaian Masalah dan Pembuatan Keputusan di Tempat Kerja yang diadakan pada 24 September 2021 yang lalu dengan penceramah yang sama, iaitu En. Zukernain Wok daripada Innotech Excel Consulting.

Dalam perkongsiannya, penceramah mengupas topik penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan sesuatu yang baharu, luar biasa dan bernilai. Bagi menangani permasalahan yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian, kita perlu fokus kepada tujuan, mempelbagaikan pilihan, mencabar idea lama, mengambil tindakan ‘mistake-proofing’ dan meniru untuk kebaikan.

Tambahnya lagi, keputusan yang akan diambil perlulah mempunyai matlamat yang jelas, ada matlamat utama dan matlamat sampingan. Ia merupakan salah satu komponen utama dalam pembuatan keputusan. Komponen lain adalah pilihan, kriteria, keutamaan dan penilaian. 

 

Setelah menetapkan matlamat, kita perlu menyenaraikan pilihan yang ada dan menentukan beberapa kriteria utama untuk penilaian. Kemudian kriteria tersebut disusun mengikut keutamaan dan dibuat penilaian secara rasional untuk memberikan pilihan yang terbaik.

Hasil perkongsian daripada kursus ini diharap dapat membantu peserta memahami dan mengaplikasi teknik penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan yang kompleks untuk meningkatkan prestasi dan kualiti tugas dalam organisasi menggunakan kaedah yang bersesuaian. 

Disediakan oleh: Rafiza binti Ahmad

Tarikh Input: 25/11/2021 | Kemaskini: 25/11/2021 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEaHAv~