Audit Dalaman ISMS Pejabat Pendaftar 2022 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Audit Dalaman ISMS Pejabat Pendaftar 2022

Audit Dalaman ISMS Pejabat Pendaftar 2022

SERDANG, 21 Jun – Pejabat Pendaftar UPM telah menjalani Audit Dalaman ISMS ISO/IEC 27001:2013 pada 21 Jun 2022 bertempat di Bilik Operasi Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Pendaftar.

Sesi audit diketuai oleh Ketua Juruaudit Dalaman (KJAD), Encik Saiful Bahrie Abdul Manap daripada Fakulti Ekologi Manusia. 

Beliau dibantu oleh juruaudit PTJ, iaitu Cik Noremy Busu (Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi) dan Puan Siti Nadirah Mat Na’ain. 

Mesyuarat pembukaan audit pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan taklimat ringkas berhubung struktur organisasi Pejabat Pendaftar, fungsi dan peranannya oleh Encik Azizi Ismail, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia merangkap Penyelaras Latihan Staf Universiti. 

Seterusnya Encik Saiful Bahrie memberikan ucapan ringkas berkaitan proses pengauditan yang akan dilaksanakan meliputi skop klasifikasi maklumat, latihan dan kompetensi, perpindahan dan penamatan staf, dan saringan keselamatan.

Semasa mesyuarat penutupan audit pada sebelah petang, KJAD telah merumuskan bahawa tahap kesediaan dan pengetahuan auditee semasa proses pengauditan adalah sangat baik.

Pejabat Pendaftar telah membuat perancangan yang rapi dalam menangani risiko dari aspek kawalan akses dan keselamatan data staf yang akan menamatkan perkhidmatan.

Selain itu, keselamatan dan kesahihan data juga sentiasa dilaksanakan berdasarkan data pengemaskinian harian serta berkala oleh pihak Pusat Pembangunan Komunikasi dan Maklumat (iDEC).

Disediakan oleh: Nor Azila Azmi

 

 

Tarikh Input: 28/06/2022 | Kemaskini: 28/06/2022 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdEAv~