Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HIRMIS 2018 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HIRMIS 2018

Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HIRMIS 2018

3 julai, putrajaya - Universiti Putra Malaysia telah menerima Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HIRMIS 2018  (5 Bintang) atas pencapaian cemerlang 100%. Tahniah diucapkan.

Anugerah ini diberikan kepada Universiti yang memenuhi kriteria Penilaian HRMIS yang dinilai pada tahun 2018. Daripada 22 Universiti Awam dan Hospital Pengajar hanya 7 UA yang berjaya mencapai pencapaian cemerlang 100% ini.

TAHNIAH kepada semua warga UPM terutamanya Pendaftar dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HRM) dalam memastikan Universiti berjaya memenuhi KPI ini yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan selaras dengan hasrat UPM untuk menjadi sebuah Universiti yang bereputasi antarabangsa.

Tarikh Input: 03/01/2020 | Kemaskini: 03/01/2020 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDcVA0~