Aktiviti Gotong Royong 5S Pejabat Pendaftar | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Aktiviti gotong royong 5S Pejabat Pendaftar

Aktiviti gotong royong 5S Pejabat Pendaftar

Serdang, 17 Ogos- Aktiviti gotong royong 5S Pejabat Pendaftar telah diadakan dan aktiviti bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang di sekitar ruang kerja Pejabat Pendaftar.

Objektif program ini diadakan adalah untuk mengemaskini sudut 5S serta menyusun atur ruang tempat kerja setiap staf di Pejabat Pendaftar. Selain itu aktiviti sapu, susun, sisih dan seragam turut dijalankan di dalam aktiviti tersebut.

Diharap dengan adanya aktiviti seperti ini dapat melatih serta menyemai sikap kekemasan dan teratur ditempat kerja. Amalan ini haruslah dipraktikkan oleh setiap staf di Pejabat Pendaftar secara berterusan untuk membudayakan Amalan Persekitaran Berkualiti di Tempat Kerja (5S).

 

Tarikh Input: 27/08/2018 | Kemaskini: 27/08/2018 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEUIAD~