TIPS MENGATASI STRESS
Dalam keadaan kita melalui realiti kehidupan ada masanya kita tidak menyedari bahawa diri berada dalam keadaan stres. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup dunia moden yang serba pantas ini. Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan kita. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Untuk mendapatkan sistem imun yang baik, sila amalkan tips-tips di bawah:
Penjagaan pemakanan yang betul dapat membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan kita tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar kita mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
Kadangkala kita terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.
Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila kita kembali bertugas.
INGAT stres sebenarnya boleh membunuh. Penting untuk kita itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah untuk mengurus stres dengan baik.
Tarikh Input: 08/08/2020 | Kemaskini: 10/09/2021 | mohd.hasrul
Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan