SESI PERKONGSIAN PROGRAM LUAR NEGARA
Serdang, 5 Mac 2019 – Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah mengadakan sesi perkongsian program luar Negara pada 5 Mac 2019 di Dewan Taklimat Serdang, UPM.
Sesi perkongsian ini melibatkan dua (2) program luar Negara yang telah dihadiri oleh staf UPM dan staf yang dipilih perlu membuat perkongsian pengalaman bersama staf UPM sebagai salah satu KPI yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan butiran maklumat sesi perkongsian tersebut:
MASA |
PROGRAM |
PEGAWAI |
SLAID PEMBENTANGAN |
9.00 pagi – 11.00 pagi |
Immersive Learning Lab on Competency Based Talent Management 2018, Gold Coast Australia.
Tarikh: 2-8 Disember 2018 Tempat : Southern Cross University, Gold Cost Australia Anjuran: AKEPT (bekerjasama dengan UMS dan UMP) Intipati perkongsian: Perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia menggunakan elemen berasaskan kompetensi (CBTM) dalam semua proses yang terlibat. CBTM didefinasikan sebagai pendekatan pengurusan sumber manusia yang standard dan menggabungkan keseluruhan aktiviti sumber manusia berdasarkan kompetensi bagi mencapai matlamat organisasi. |
En. Azizi Bin Ismail Pn. Besek Intan Zafina bt Basok
|
|
11.00 pagi – 1.00 tengah hari |
Executives Overseas Programme (EXOP) Siri 2: Japanese Waste Management and Recycling Technology
Tarikh: 4-10 Disember 2018 Tempat : Tokyo, Jepun Anjuran: Pejabat Pendaftar, UPM Intipati perkongsian: Pendedahan mengenai pengurusan sisa dan teknologi kitar semula yang telah dilaksanakan oleh Negara Jepun termasuk formulasi strategi dan kaedah teknologi terkini kitar semula dan pelaksanaan pengurusan sisa. |
En. Rafiuz Zaman bin Haroun Pn. Murni bt Mohd Yahya |
Diharap sesi perkongsian ini dapat memberi impak positif dan nilai tambah kepada staf UPM dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Sekian.
Tarikh Input: 22/07/2019 | Kemaskini: 10/09/2021 | syazaliyana
Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan