Keperluan Sistem Sokongan Tangani Wanita Stres | PEJABAT PENDAFTAR
» ARTIKEL » Keperluan Sistem Sokongan Tangani Wanita Stres

Keperluan Sistem Sokongan Tangani Wanita Stres

BERITA TENGAHARI DI ASRO AWANI

Tarikh: 14 Januari 2019 (Isnin)

Masa : 12.30 tengahari

Menerusi temu bual secara panggilan telefon, Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UPM mengupas tentang keperluan Sistem Sokongan Tangani Wanita Stres sama ada Wanita Berkerjaya atau Suri rumah. Menerusi komentar beliau, Siti Fatimah menekankan keperluan mewujudkan Jawatankuasa khas atau gerak kerja secara menyeluruh dalam kalangan profesional dan pengamal kaunseling sebagai usaha mendokong Dasar Wanita Negara. Sistem sokongan yang dimaksudkan wajar dibentuk dari peringkat akar umbi lagi iaitu bermula dari peringkat kampung, daerah, negeri serta Negara dalam memperkasakan wanita menerusi empat dimensi utama iaitu Psikologi, Emosi, Spiritual dan Sosial.

Siti Fatimah menegaskan bahawa Wanita yang seimbang emosi pasti membentuk pemikiran dan Tingkah laku yang cerdas, cergas dan berdaya saing. Sokongan psikologi dan emosi amat penting dalam melahirkan wanita yang progresif, sihat dan produktif dalam mengharungi cabaran global dan persekitaran sosial yang semakin mencabar. 

Tarikh Input: 11/02/2019 | Kemaskini: 11/02/2019 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEUAAP~