Perkongsian Pengalaman Mengikuti EXOP 2018 | PEJABAT PENDAFTAR
» ARTIKEL » Perkongsian Pengalaman Mengikuti EXOP 2018

Perkongsian Pengalaman Mengikuti EXOP 2018

 

 

Executives Overseas Programme (EXOP2018) telah dilaksanakan pada 10 – 17 April 2018 di Tokyo, Jepun dengan bertemakan “Incorporationg Japanese Leadership Traits Into Future Malaysian Leader”. Program ini telah dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan strategik iaitu The Association for Overseas Technical Cooperation and Sustainable Partnership (AOTS) di Kenshu, Tokyo. AOTS merupakan organisasi yang memberi tumpuan dalam pembangunan sumber manusia secara global yang bertujuan untuk mempromosi kerjasama dengan negara-negara membangun.

 

Penyertaan program ini dibuka kepada kategori Universiti Awam (UA) dan Badan Berkanun dan mendapat sambutan penyertaan yang amat menggalakkan namun memandangkan AOTS telah menghadkan penyertaan, program ini hanya disertai oleh 30 orang (termasuk seorang urusetia) sahaja. Peserta adalah terdiri daripada 20 orang daripada Universiti Awam dan 10 orang daripada Badan Berkanun.

 

Program berlangsung dengan cemerlangnya dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Peserta amat berpuashati dan memberikan komitmen yang amat positif tentang program ini dan menyokong penuh penganjuran program ini pada masa hadapan. Peserta juga memaklumkan terdapat peningkatan pengetahuan yang boleh diaplikasikan di dalam melaksanakan tugas-tugas seharian. 

Tarikh Input: 02/08/2018 | Kemaskini: 14/09/2018 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdJAA~